LENCANA KEMAHIRAN
Sukatan Pelajaran Lencana
Kemahiran
1. Telah mencapai
darjah yang tertinggi dalam ilmu latihan asas
perbarisan sebagaimana yang dikehendaki dalam Lencana Usaha, Lencana Maju,
Lencana Jaya, kawat tongkat serta cara membawa bendera dan telah melatih
dengan jayanya satu unit pengakap dalam ilmu tersebut.
2. Mengetahui cara
mengikat serta kegunaan simpulan/ikatan yang berikut :
(a) simpul tapak
kucing (catspaw)
(b) simpul raga (carrick bend)
(c) simpul serban
(turk's head)
(d) simpul buaian (scaffold hitch)
(e) lilit berkas tingkat (racking bend)
(f) genggam monyet
(monkey fist)
(g) sambat pendek
(short splice)
(h) ikat Jepun
(Japanese lashing)
(i) ikat Filipina
(Filipino lashing)
(j) takal tali (rope tackel/Harvester's hitch)
3. Mengetahui cara membuat dan menggunakan sistem takal dan pancang dogang
3. Mengetahui cara membuat dan menggunakan sistem takal dan pancang dogang
(anchorage) iaitu :-
a. '3-2-1'
b. 'log&picket'
c. 'dead-man'
4. Membina satu projek perintis secara berpatrol seperti menara, jambatan atau 'aerial
runway' tidak kurang daripada 5 meter tinggi atau panjang.
5. Melanjutkan pengetahuan dalam pemetaan dengan mengetahui mengenai
asas 'Orienteering' dan
cara membuat 'cross-bearing' bagi mencari kedudukan di atas
peta dengan menggunakan kompas.
6. Memahirkan disi dalam ilmu tahan lasak hidup dengan membuat 'bivouac' dan bermalam
di dalamnya, membuat perangkap yang mudah serta membuat masakan
rimba (backwoods)seperti
nasi, ikan/ daging dan telur.
7. Mengenali 5 jenis tapak haiwan dan membuat 2 jenis plaster
cast.
8. Mengetahui cara penganggaran (estimation) tinggi dan lebar.
9. Membuat SATU model projek perintis.
10 Lakukan 1 yang berikut : - a. Berenang 50 meter berpakaian lengkap
b. Melempar tali yang panjangnya 20 meter sejauh 12 meter supaya
jatuh ke kawasan
antara 2 pancang yang jaraknya 2 meter dengan mendapat 2
kejayaaan daripada 3
lemparan.
ATAU
c. Mengetahui cara Abseilling / Rappeling, alatan untuk 'abseilling', langkah
keselamatan, sistem belay, cara 'abseilling' dan
melakukannya sejauh 8 meter
d. Mengetahui cara membina halangan komando dan langkah keselamatan
berkenaan serta melakukan 12 daripadanya.
- melalui titi goyang.
- melalui titi komando.
- melalui titi pacak.
- bergayut tali.
- bergayut monyet.
- merangkak 'deadman's crawl'.
- menyusupi halangan tayar.
- merangkak bawah jaring.
- melalui terowong.
- memanjat tali.
- memanjat pokok.
- memanjat tangga.
- memanjat tembok.
- memanjat batang pokok.
e. Menggunakan Tindih Kasih Gelung atau Simpul Kerusi untuk
menurunkan seorang
yang cedera dari tempat tinggi. - 5 meter (pokok, atau
bangunan atau gaung curam)
☼ Diuji sewaktu Tingkatan 4 (16
Tahun) pada bulan April.
☼ Tarikh LULUS sekurang-kurangnya selang 1
bulan selepas Lencana Jayadiri.
No comments:
Post a Comment