Lencana ini diberikan kepada Ahli Pengakap Remaja sebagai
mengakui pengetahuan dalam kenegaraan, fungsi-fungsi Parlimen Malaysia, badan
berkanun, dan mempunyai buku log Pengakap yang kemas kini.
Untuk lulus Lencana Jaya Diri seseorang Pengakap perlu lulus ujian-ujian berikut :
1. Mengetahui fungsi-fungsi Parlimen.
2. Melukis dan menerangkan rupa bentuk bendera semua negeri dalam Malaysia dan mengetahui Lambang Malaysia dan Lambang Negeri masing-masing.
3. Menerangkan fungsi satu daripada agensi kerajaan atau badan berkanun seperti UDA, MARDI, MARA, FELDA, LPN, PETRONAS, dan lain-lain.
4. Melukis peta negeri masing-masing dan menunjukkan kawasan Parlimen serta nama Ahli Parlimen berkenaan.
5. Mempunyai Buku Log Pengakap yang kemas kini.
☼ Diuji sewaktu Tingkatan 4 (16 Tahun) pada
bulan Mac.
No comments:
Post a Comment