Sunday, 11 December 2016

SISTEM BERPATROL DALAM PENGAKAP

PENDAHULUAN

Prinsip-prinsip Sistem Berpatrol ini petama kali diperkenalkan oleh BP semasa beliau berkhidmat denganTentera Darat British di India. Sistem yang BP bentuk ini membolehkan soldadu-soldadu beoperasi dalam kumpulan kecil dan mengunakan initiative mereka dalam melaksanakan rancangan keseluruhan kempen Tentera British di India. Untuk memajukan idea ini didalam Tentera Darat, BP menulis satu buku kecil “Aids to Scouting”. Ianya sungguh menarik dan sangat praktikal dimana ramai dari kalangan ahli-ahli dari profession peguruan menguna pakai prinsip-prinsip ini untuk mengajar.

Semasa BP mengarang buku “Scouting For Boys”, BP tidak mengunakan perkataan “Patrol” tetapi beliau guna perkataan “Gang” atau dalam bahasa melayu kita kata “geng” atau “kumpulan”. Itu zaman dulu. Kalau zaman sekarang, jika orang sebut perkataan “geng” ianya mungkin bermaksud satu kumpulan orang jahat seperti perompak atau penyamun ataupun perkataan “genster” yang biasa kita dengar. Oleh kerana itu BP telah menukar perkataan “geng” kepada “Patrol”. Patrol ini adalah satu kumpulan yang baik.

Sistem berpatrol adalah satu kaedah yang penting yang membezakan latihan berpengakap daripada badan-badan beruniform atau pertubuhan belia yang lain yang terdapat di sekolah-sekolah. Sistem berpatrol ini hendak lah di jalankan dengan kaedah yang betul, baharulah ahli dan sesuatu kumpulan Pengakap itu akan mendapat kejayaan sepenuhnya.

Sesebuah Patrol yang effektif adalah dengan membahagikan ahli-ahli Pengakap itu kepada beberapa kumpulan Patrol yang mengandungi enam hingga lapan orang. Tiap-tiap Patrol ini akan di latih secara berasingan dan di ketuai oleh seorang ahli yang di pilih atau dilantik oleh ahli-ahli Patrol itu Patrol sendiri. Biasanya Ketua patrol ini biasanya adalah ahli yang tertua atau yang paling terlatih dan bertanggongjawab dari kalangan ahli-ahli.

Patrol adalah satu kumpulan Pengakap yang sentiasa digunakan samaada untuk berkerja atau bermain dan juga untuk berkawal atau berjaga. Satu cara yang paling baik semasa melatih perangai ataupun watak seseorang ahli Pengakap didalam Patrol ialah digan memberi tanggongjawab kepada setiap ahli. Maka adalah penting untuk melantik seorang Ketua Patrol untuk memerintah Patrol berkenaan. Setelah di lantik, maka Ketua Patrol perlu memikirkan cara-cara untuk membina sifat-sifat yang baik dan berguna kepada setiap ahli dalam patrolnya. Ianya mungkin nampak susah tetapi jika diamalkan dengan teratur pasti akan berhasil. Seorang abang atau kakak yang bertanggongjawab di dalam keluarga pasti akan tahu cara mendidik adik-adiknya. Begitulah juga semangat yang perlu dilakukan didalam Patrol.

Semasa didalam kumpulan (Troop), Patrol-Patrol ini juga boleh mengadakan pertandingan diantara Patrol-Patrol. Dengan cara ini pemimpin pengakap boleh menghasilkan satu semangat berpatrol yang boleh dibanggakan kerana semangat sebegini akan mengalakkan ahli-ahli pengakap membina satu taraf kecekapan yang lebih tinggi diantara mereka. Tiap-tiap ahli didalam patrol itu akan sedar bahawa setiap individu adalah bertanggongjawab dan kemuliaan Patrol nya adalah bergangtong kepada kebolehannya untuk menunaikan kewajipannya. Walaupun semangat bertanding digalakkan, tetapi tidaklah sampai menjadi musuh diantara Patrol. Setiap Patrol juga bertanggong jawap untuk membantu rakan-rakan yang lemah di dalam Patrol-Patrol yang lain. Dalam ertikata yang lain setiap Pengakap adalah bersaudara dan semangat setia kawan tidak harus di abaikan.

AMALAN SISTEM BERPATROL DAN KETUA PATROLNYA

Kalau kamu hendak menjadi seorang kepten bola sepak yang Berjaya, maka kamu hendaklah tahu akan undang-undang bola sepak itu. Demikianlah juga jika kamu hendak menjadi seorang Ketua Patrol yang cekap dan berjaya, maka kamu hendaklah faham akan Sistem Berpatrol itu.

Ramai diantara kamu akan berpura-pura menjadi Kepten pasukan bola sepak atau Ketua Patrol. Tetapi jika ini yang kamu lakukan, bukan sahaja kamu yang akan mendapat kerugian, bahkan orang-orang lain yang mengharapkan kepimpinan kamu juga akan juga mendapat kerugiannya.

Sebagai seorang Ketua Patrol, perkara yang paling penting ialah kamu mesti memikirkan hal-hal ahli-ahli Pengakap di bawah jagaan kamu setiap masa. Setiap perbuatan seorang Ketua Patrol itu akan sentiasa diperhatikan dan akan di turuti oleh ahli-ahli dibawahnya. Oleh yang demikian, seorang Ketua Patrol hendaklah menjaga baik segala gerak geri dan kelakuannya supaya ianya menjadi teladan yang baik bagi mereka. Sikap “Tidak Apa” atau membuat sesuatu dengan sambil lewa akan sesuatu tugas adalah sikap yang patut di tolak dalam pergerakan Pengakap.

Ramai daripada kamu suka tidak mengambil indah atas perkara atau tabiat yang kecil-kecil. Perkara atau tabiat yang kecil-kecil inilah yang selalu berlaku dan akan menukar corak hidup seseorang itu. Oleh yang demikian, kamu harus mengambil berat tentang perkara yang kecil-kecil walau pun sebesar hama sekalipun sebab yang kecil-kecil ini akan datang untuk menguji kamu. Perkara kecil-kecil ini kadangkala akan membuat kamu tidak sabar, tetapi kamu mesti menunjukan kekuatan kamu
Untuk mengatasinya.

Sistem Berpatrol ini adalah satu amalan yang mempunyai beberapa perkara kecil. Inilah sebabnya ianya sangat sukar atau payah dan tidak mudah untuk difahami. Oleh yang dimikian saya harap risalah pendek ini akan dapat membantu kamu memahami apakah Sistem Berpatrol itu dan apakah amalannya.

Ada juga baiknya Sistem Berpatrol ini payah untuk di laksanakan oleh Ketua Patrol kerana jika ianya mudah, maka sudah tentu ianya tidak ada maana dan tidak ada nilai baginya. Sistem Berpatrol ini memerlukan dua sifat dari kamu, iaitu pertama kamu hendaklah sentiasa mengunakan akal dan kedua kamu hendaklah sentiasa berikhtiar. Saya harap setiap setiap dari kamu mempunyai akal yang cerdas kerana tanpa akal yang cerdas kamu tidak akan mampu berikhtiar dan jika kamu tidak mampu berikhtiar maka menjadi hampaslah kamu semua. Pesuruhjaya-pesuruhjaya dan pemimpin-pemimpin Pengakap hanya boleh memberi nasihat dan penerangan untuk mengalakkan kamu berusaha sahaja. Hanya kamu sahaja yang boleh melaksanakan Sistem Berpatrol ini kerana segala pentadbiran Patrol bergantung kepada Ketua Patrol kamu.

SEJARAH SISTEM BERPATROL

Semasa Pergerakan Pengakap mula ditubuhkan, ia itu lebih dari seratus tahun yang lepas, Sistem Berpatrol ini dianggap sebagai satu perkara yang luar biasa ramai orang tertentu telah membidas BP dan menyatakan bahawa Sistem itu sangat merbahaya dan tidak harus di laksanakan. Walaubagimanapun, semakin lama, Sistem ini semakin di sambut orang dan di gunakan didalam beberapa pergerakan budak-budak samaada di sekolah dan juga di luar sekolah. Akhirnya Sistem ini juga di gunakan dalam perkhidmatan Tentera dan Pentadbiran negeri.

Untuk mengetahui sejarah mengenai Sistem Berpatrol ini, eloklah saya terangkan serba ringkas mengenai Sistem ini sejak awal Pergerakan Pengakap ini di tubuhkan.

Sebelum Pergerakan Pengakap ini di tubuhkan dengan rasmi, budak-budak di England ketika itu suka membeli bahagian-bahagian buku “Scouting For Boys” yang dijual secara risalah yang di namakan sebagai “Campfire Yarns”. Budak-budak tersebut kemudian bergerak dalam kumpulan dan melantik salah seorang dari mereka untuk menjadi ketua. Terdapat juga ketua-ketua ini mengumpul budak-budak lain untuk dijadikan Patrol. Dengan berpandukan buku “Scouting For Boys”, mereka mula berlatih. Lama kelamaan ahli-ahli Patrol ini menjadi bertambah ramai, dan mereka pun berpecah menjadi Patrol-Patrol yang kecil. Patrol-Patrol kecil ini kemudiannya bergabung untuk menjadi satu Troop. Beberapa masaalah timbul apabila ramai diantara budak-budak didalam Troop tersebut tidak faham apayang harus mereka lakukan. Oleh kerana itu merekapun mencari orang-orang dewasa untuk membantu mereka menjadi Pemimpin Pengakap Troop mereka.

Lebih kurang dalam tahun 1908, sekumpulan budak-budak telah menyimpan duit saku mereka dan dengan wang ini mereka membeli tiga buah buku “Scouting for Boys”. Mereka kemudiannya berhimpun didalam sebuah pondok sebuah tempat didalam kilang mengisi gandum dan disana mereka cuba membuat benda-benda yang di suruh oleh BP yang terdapat di dalam buku tersebut. Mereka berasa sangat gembira dengan kebolehan mereaka itu dan kadang-kadang ada juga benda-benda yang mereka tidak tahu atau tidak boleh membuatnya, tetapi mereka terus juga cuba membuatnya sehingga mereka Berjaya membuatnya.

Pada suatu hari mereka membaca tajuk berkenaan sistem perkhemahan dan mereka mencuba membuat apa yang telah dicadangkan didalam buku itu. Mereka cekalkan hati dan bersemangat tidak mahu kalah walaupun tidak ada seorang dari mereka yang telah pernah pergi berkhemah. Mereka tidak tidak tahu apa yang pertama sekali harus dibuat. Walau pun demikian, semangat hendak belajar itu ada penuh dalam jiwa mereka. Mereka bersedia berikhtiar dan sanggup mencuba – bukan sekali, bahkan beberapakali sehingga Berjaya. Mereka sentiasa berbincangdiantara mereka tentang apakah barang yang perlu disediakan dan cara mana hendak mendapatkan barang-barang tersebut. Tiap seorang dari mereka di beri tugas. Ada yang di suruh pergi mencari makanan, ada yang mencari alatan perkhemahan, ada yang mencari alatan dapur dan tiap-tiap seorang bertanggongjawap terhadap tempat tidur dia sendiri. Apabila semuanya telah siap, maka merekapun berhimpun pada suatu hari sabtu dalam bulan Jun untuk berjalan pergi ke tempat perkhemahan tersebut. Walaupun alatan perkhemahan mereka tidak mencukupi, mereka merasa sangat megah kerana mereka dapat mengumpul makanan yang banyak untuk perkhemahan tersebut. Makanan yang mereka kumpul boleh menampong selama satu bulan lamanya.

Selepas itu mereka pun memuatkan barang-barang itu kedalam sebuah kereta tarek dan mengankat sendiri barang-barang yang tak boleh muat. Mereka tidak tahu di mana hendak di tuju sebab masa itu tidak ada banyak peta dan jika adapun mereka tidak tahu membayanya. Walaubagaimana pun, mereka teruskanjuga perjalanan dengan merempohi kampong dan bukit bukau. Mereka hanya berhenti berjalan apabila hari sudah mula petang. Tempat yang mereka berhenti itu adalah di antara sebuah jalan kecil dan sebatang anak sungai. Mereka jadikan anak sungai itu tempat mandi, tempat membasuh kain dan juga airnya dibuat untuk minum. Cara macam ini memang kurang sihat tetapi nasib mereka baik kerana tidak ada apa-apa yang terjadi pada mereka. Sebaik sahaja mereka sampai disitu, mereka pun mula menyalakan api. Mereka tidak tahu cara menyalakannya dengan betul. Jadi mereka telah mengunakan beberapa batang mancis dan apinya pun menjulang tinggi. Kemudia mereka mulalah memasak. Entah apa rencah makanan yang mereka gunakan tetapi makanan itu berasa enak juga. Bertapa tidak – Masakan mereka sendiri. Setelah makan, mereka pun mula memasang khemah. Ketua mereka menebang dua batang dahan, dan dengan ikhtiar merea sendiri, dapat juga mereka mendirikan khemah tersebut. Siap sahaja khemah, hari pon sudah lewat malam, masing-masing sudah penat dan letih. Mereka masuk tidur tetapi mereka tidur atas tanah. Nasib baik tanah itu kering. Mereka tidak tahu bahawa wap sejuk akan naik dari tanah. Sungguhpun demikian, banyak juga pelajaran yang dapat mereka perolehi.

Pada malam itu semua budak-budak itu tidur, tetapi ketua mereka berjaga kerana dia tahu atas tanggongjawbnya. Tidak berapa lama kemudian, tiba-tiba kira-kira jam sepuluh malam, ketua mereka mendegar bunyian tapak kasut orang berjalan di luar khemah mereka. Ketua budak-budak itu duduk berdiam diri sehingga dia di suluh dengan lampu suluh. “Apa kau fikir kau orang buat ini, Huh?” terdegar suara yang garang. Budak-budak yang lain pun terkejut dari tidur. Alangkah teperanjatnya mereka apabila mereka dapati orang yang bersuara garang itu adalah seorang konstabel polis. Ketua kumpulan itu menjawab, “Kami Pengakap dan kami sedang berkhemah”. Tapi malangnya pada tahun 1908 tidak ramai konstabel-konstabel polis yang tahu ujudnya Pengakap dan Konstabel polis yang ini adalah salah seorang dari mereka yang tidak pernah dengar nama Pengakap. Konstabel polis tersebut pun berkata, “Baik engkau orang ikut aku pulang sebelum kamu semua di tangkap”. Mahu tak mahu, dengan sedihnya budak-budak itu pun mengemaskan peralatan mereka lalu ikut konstabel polis itu pulang. Budak-budak itu sangat hairan kerana mereka hanya berjalan tidak jauh sudah sampai ke tempat tinggal mereka. Oleh kerana mereka tidak ada peta maka mereka tidak tahu arah tempat sebenar yang mereka tuju pada hari itu. Mereka telah berjalan seharian suntuk tetapi sebenarnya mereka hanya mengeliling satu tempat sahaja. Padahal tempat yang mereka berkhemah tadi sebenarnya tidak jauh daripada rumah mereka.

PERLUNYA PEMIMPIN PENGAKAP

Cerita mengenai hal budak-budak Pengakap tadi tidak selesai begitu sahaja. Mereka tidak mudah menyerah kalah. Malam esoknya mereka berhimpun semula di tempat isi gandum itu dan ketuanya dengan tanpa berlegah lagi pun berkata, “Tengok buku Scouting For Boys ini. Aku sudah baca sekali lagi dan dalamnya ada fasal mengenai Pemimpin Pengakap. Aku fikir dialah orang yang kita perlukan sekarang. Kalau dia ada semalam, konstabel polis itu pasti tidak menggangu kita!”

Itulah salah satu dari tugas-tugas seorang Pemimpin Pengakap dan itu lah satu dari sebab-sebab kenapa tiap-tiap troop memerlukan seorang Pemimpin Pengakap. Pemimpin Pengakap bertanggong jawab untuk menjaga Troop dan menguruskan aktiviti-aktiviti Pengakap supaya ianya tidak di ganggu orang.

Saya mengingatkan kepada kamu semua bahawa Patrol yang di ceritakan diatas tadi adalah di tubuhkan oleh budak-budak itu sendiri dan mereka bergerak dengan sendirinya sehingga mereka sedar sendiri bahawa mereka berkehendakkan seorang dewasa untuk menjadi Pemimpin mereka. Mereka mencari Pemimpin mereka sendiri sehingga dapat. Troop tersebut berjalan hamper selama 50 tahun kerana dari awalnya ianya dibentuk dengan semangat yang tinggi dan berhati wajar.

Sayang. Pada masa sekarang pula, bukan budak-budak yang menubuhkan Troopnya tetapi di mulai oleh Pemimpin Pengakap mereka. Ini kerana peraturan dan undang-undang sudah berubah. Itu lah salah satu sebab kenapa sesebuah Troop itu kurang cergasnya seperti yang kita jangkakan. Memang elok kalau boleh Ketua Patrol itu sudah berasa dan tahu akan tanggongjawabnya. Oleh yang demikian dia tidaklah mengharapkan sangat kepada Pemimpinnya kecuali jikalau terdapat sesuatu perkara yang dia sendiri kurang faham. Inilah satu cara yang elok di buat teladan jika kamu hendakkan Troop kamu itu bersemangat. Tiap-tiap Patrol dalam Troop kamu hendaklah bebas dan merdeka, iaitu boleh berjalan dengan sendirinya dengan tidak mengharapkan akan Troopnya.

Troop Pengakap itu sepatutnya terdiridari satu kumpulan beberapa buah Patrol. Jika Patrol itu tugasnya hanya memuggut suratkhabar lama dan bermainsahaja, maka itu bukanlah boleh di panggil Patrol. Patrol harus mengadakan waktu untuk latihan untuk Troop kamu. Setiap Patrol hendaklah bertanding dan memberi persaingan antara satu dengan lain dan selepas kamu bercampur gaul dan belajar, kamu hendaklah mengamalkan ilmu-ilmu yang kamu pelajari supaya kamu dapat beberapa pengalaman pula. Malangnya kebanyakan Pengakap di Malaysia hanya menumpukan kepada Latihan Troop sahaja dan latihan Patrol jarang sekali di adakan. Saya harap Patrol kamu adalah lain daripada yang lain. Saya fikir lebih baik kamu adakan latihan patrol kamu sendiri setiap masa dan cuba menjalankan Patrol kamu itu tanpa meminta pertolongan daripada pemimpin Pengakap kamu kecuali jika terdapat perkara-perkara yang betul-betul susah.

Tugas Pemimpin Pengakap adalah hanya memandu dan memberi nasihat. Tetapi kebanyakkan Ketua Patrol terlalu mengharapkan Pemimpin Pengakapnya membuat segala tugasnya dan Ketua Patrol hanya bergoyang kaki sahaja!

ORGANISASI PATROL

Untuk menjadikan Patrol Kamu sebagai sebuah Patrol yang berjaya bergantung kepada organisasinya dan mempunyai ahli yang baik untuk menjalankan tugas-tugas yang berkaitan. Patrol yang teratur boleh menyelesaikan tugas yang lebih banyak, lebih seronok dan akan bergerak jauh lebih maju.

Tiga perkara asas yang melibatkan organisasi Patrol adalah siaz Patrol, Siapakah yang menjadi Ahli, dan Apakah tugas-tugas yang hendak di laksanakan.

1. Saiz Patrol
Apakah saiz sesebuah Patrol? Ianya bergantung kepada keadaan. Apabila kita berbincang tentang kaedah Patrol secara am, kita sering bercakap tentang lapan orang budak sebagai jumlah yang sesuai bagi sesebuah Patrol; Ketua Patrol, Penolong Ketua Patrol dan enam orang Pengakap. Jumlah ini tidak semestinya yang terbaik. Apa yang penting ialah sesebuah Patrol itu hendaklah menjadi kumpulan yang berkerjasama. Enam orang mungkin mencukupi untuk untuk Patrol anda. Walau bagaimanapun jika kamu perhatikan Troop-Troop lain, mungkin kamu dapati bahawa lebih banyak Patrol yang mengandongi enam orang dari lapan. Oleh yang demikian, agak mustahil untuk menetapkan angka jumlah ahli disini.

Secara amnya jumlah yang terbaik adalah diantara enam ke lapan orang. Kurang dari enam akan membuat kumpulan payah untuk bersaing dengan Patro-Patrol yang lain dalam permainan dan projek dan juga di perkhemahan. Kumpulan yang melebihi lapan orang adalah terlalu besar.

2. Siapakah yang menjadi ahli

Apakah jenis budak yang menjadi ahli? Kamu perlu tahu apakah perkara yang boleh membuat mereka bertindak membuat Patrol itu menjadi efektif. Terdapa berbagai jenis budak-budak yang boleh di ketemui. Dalam kebanyakkan keadaan kamu akan dapati bahawa jika kamu ikut peraturan yang mudah berikut kamu pasti akan dapat megawasi ahli-ahli Patrol kamu dengan mudah setiap masa:
a. Bersabar dan saling memahami
b. Sentiasa memenuhi masa ahli dengan perkara-perkara yang mereka suka
c. Pastikan mereka ada tanggongjawab untuk tugas-tugas tertentu dalam Patrol

3. Apakah tugas-tuggas yang hendak dilaksanakan

Apabila tiba masa untuk melaksanakan satu rancangan tugas-tugas didalam Patrol Kamu, janganlah terlalu gopoh. Kamu mungkin tidak perlu melaksanakan semua tugas diawal permulaan. Adalah lebih baik untuk menunggu dan membahagikan tugas kepada ahli-ahli selepas kamu sudah mengenali mereka sekurang nya sebualan atau lebih. Dalam jangka masa ini, kamu pasti akan tahu apakah kehebatan dan kebolehan mereka sebenar.

Untuk mengujudkan rancangan asabagi organisasi kamu, kita ambil anggapan kamu ada lapan Pengakap didalam Patrol kamu. Jika jumlahnya kecil, cantumkan sahaja dua tugas dan berikan tugas itu pasa seorang ahli menjaganya atau masuhkan sahaja satu tugas itu. Berikut adalah cadangan saya:

Ketua Patrol – itu tugas kamu

Penolong Ketua Patrol – Dia adalah orang kanan kamu dan dia tahu segala apa yang kamu tahu mengenai Patrol kamu dan mengambil alih kepimpinan dalam masa ketiadaan kamu.

Bendahari – dia mengutip yuran dan menyimpan akaun Patrol.

Setiausaha/Pencatit – dia mengaja Buku-Buku lapuran dan Log Patrol.

Kuatermaster – dia menjaga peralatan Patrol

Juru kembara – dia mengaturkan pengembaraan dan perkhemahan

Juru Masak – mengaturkan menu-menu dan membeli makanan

Pembantu Pertolongan Cemas – menjaga peralatan pertolongan cemas dan menguruskan semua hal-hal pertolongan cemas semasa pengembaraan dan perkhemahan.

Satu perkara yang harus ingat ialah dalam mengatukan sesebuah Patrol supaya setiap ahli mempunyai peluang untuk menjalankan tugas kepimpinan dalam kumpulan tersebut. Apabila setiap orang boleh membuat kerja dengan ceria dan berkesan, kamu telah membuktikan bahawa kamu adalah seorang pemimpin and Patrol kamu mempunyai sikap setiakawan yang baik.

PERANAN SEBAGAI KETUA PATROL

Sebagai seorang Ketua Patrol, kamu hendaklah selalu berikhtiar sendiri. Setiap tugas kenajikan dan cara melaksanakannya hendaklah datang dari kamu sendiri. Kamu sendiri merekakan nya dan kamu sendiri melaksanakannya. Cuma satu perkara yang perlu di jaga sebelum melaksanakan tugas rekaan kamu itu. Tanya diri sendiri adakah tugas yang hendak dilaksanakan itu melanggar undang-undang Pengakap? Jika tidak maka teruskanlah tugas itu.

Kamu dipilih sebagai Ketua patrol kerana dua sebab:

Pertama, supaya kita dapat menolong kamu untuk memimpin pengakap lain. Ini adalah peluang yang besar bagi kamu supaya dapat belajar cara-cara hendak menjadi pemimpinyang kanan. Mula-mula kita tidak akan jangkakan kamu boleh jadi pemimpin yang handal dengan serta merta.Tetapi kita harap kamu akan beransur-ansur boleh belajar cara-cara hendak memimpin. Saya jangka sebelum menjadi Ketua, kamu sudah jadi ahli biasa dalam Patrol kamu, dan kamu sudah mempelajari bagaimana hendak menurut dan mengikut Ketua kamu. Seorang Ketua itu tidak akan dapat memimpin jika dirinya tidak pernah dipimpin orang.

Kedua, Pemimpin Pengakap kamu dan Ketua petrol yang lain percaya bahawa Patrol kamu mahu menurut kamu.

Saya ingin mengingatkan kamu, sebagai seorang Ketua Patrol, kamu hendaklah memastikan bahawa setiap Pengakap yang dibawah jagaan kamu sentiasa mengamalkan setiap ilmu Pengakap yang dipelajari mereka terutama sekali tentang Undang-Undang dan Persetiaan Pengakap. Janganlah hanya Pengakap-Pengakap itu mengamalkan ilmu Pengakap hanya semasa di latihan, di sekolah, atau apabila memakai uniform sahaja. Hanya ada stu cara sahaja yang boleh membuat Pengakap-Pengakap lain mengikut kamu; iaitu dengan menunjukkan teladan kamu. Kamu mesti jaga baik-baik akan semua tingkah laku kamu, sebabsemuanya akan diperhatikan olih Pengakap-Pengakap lain dan di tiru.

Ingat, jika kamu sudah dipilih sebagai seorang Ketua Patrol, ini tidak bermakna kamu menjadi Ketua Patrol hanya semasa latihan atau waktu berkumpul dengan Patrol kamu sahaja; tetapi kamu menjadi Ketua setiap masa. Sepatutnya apabila kamu di pilih, satu istiadat perlantikan dan penerimaan jawatan hendaklah diadakan untuk kamu. Dalam upacara itu, kamu hendaklah bukan sahaja perlu mengakui balik Persetian kamu bahkan juga menambah sedikit janji kamu dengan kata-kata seperti ini: “Saya berjanji akan mementingkan Patrol saya lebih daripada diri saya dan saya akan mendahulukan Troop daripada Patrol saya”.

“Saya berjanji akan mementingkan Patrol saya lebih daripada diri saya” adalah satu janji yang menunjukkan kemulian seseorang Ketua. Ada beberapa contoh Ketua atau Pemimpin yang ternama dalam dunia ini yang selalu menafikan dirinya dan sedia mengorbankan nyawanya bagi kepentingan orang-orang di bawah jagaannya. Jikalau kamu masih lagi menjadi Pengakap ini sudah menjadi resmi kamu bersedia berkorban kerana kebajikan orang yang dibawah kamu. Suatu hari nanti apabila menjadi kamu sudah besar, jika kamu menjadi seorang penganjur atau Pemimpin semua orang akan memuliakan kamu. Adalah baik jika kita didik semangat berkorban itu dari sekarang.

Terdapat dua jenis Ketua Patrol yang hampas belaka:

Pertama, Ketua Patrolyang suka cakap besar atau mengaku bahawa dirinya lah yang pandai. Ketua Patrol macam ini selalu hendakkan nama sahaja tetapi tidak tahan di bidas oleh orang lain. Ketua jenis ini tidak berguna sedikit pun.

Kedua, yang suka “bully” atau mengugut-ugut budak-budak yang kecil atau lemah darinya. Selalunya Ketua Patrol ini adalah Pengakap yang tertua sekali dalam Patrolnya dan mempunyai badan yang lebih besar daripada yang lain. Bagi mereka ini hanya ada satu jalan sahaja untuk mengawal Patrolnya iaitu dengan mengugut budak-budak yang di bawahnya. Ya, memang betul bahawa tiap-tiap Patrol mesti menurut kata dan jangan ada yang “kurang ajar”. Tetapi menurut kata itu mestilah datang dari diri sendiri – bukannya dengan mengugut. Kalau sudah di ugut, itu adalah memaksa seseorang itu menurut kata kita. Tiap tiap yang dipaksa tidak akan kekal. Lagi pun kalau sudah memulai mengugut akhirnya nanti budak-budak di bawah kamu itu akan melawan kamu balik dan mereka tidak akan hormat kepada kamu sampai bila bila pun.

Ketua yang suka cakap besar dan mengugut ini adalah di pandang rendah sekali dan jangan lah di amalkan.

BP berpesan:

“Tiap-Tiap Pengakap hendaklah mengharapkan Ketua-Ketuanya membuat tugas yang patut dibuat dan harapan kamu itu akan dimakbulkan. Tetapi jangan sekali-kali kamu memanja-manjakan Ketua Patrol kamu itu: Sesuatu kerja pun tidak akan jadi sempurna”.

Kamu sebagai Ketua hendaklah memahami akan tanggongjawab kamu dan sentiasa bersedia memikul segala bebanan dan gunakanlah permikiran kamu sendiri bagi mengerjakan tugas kamu itu. Kepada Patrol kamu, kamu mesti memberi mereka latihan yang cukup dan sentiasa mendapatkan harapan, panduan dan pertolongan dari Pemimpin Pengakap kamu.

PATROL DAN MAJLIS KETUA PATROL

Dalam buku “Scouting for Boys” BP telah menulis perkara berikut mengenai dengan Sistem Berpatrol:

Majlis Ketua Patrol itu terdiri dari Pemimpin Pengakap dan Ketua-Ketua Patrol, atau jika Troop itu kecil, hanya ketua-Ketua Patrol dan Penolong-Penolong mereka. Dalam Majlis itu Pemimpin Pengakap hanya hadir sahaja tetapi tidak boleh membuang undi.
Tugas Majlis itu adalah membuat penepatan untuk memberi hadiah, memberi denda akan kesalahan, membuat rancangan tugas dan lain-lain lagi yang bersangkutan dengan pentabiran Troop. Ahli-ahli Majlis tersebut hendaklah berjanji merahsiakan keputusan-keputusan Majlis itu kecuali keputusan mengenai Troop keseluruhannya seperti perlantikkan jawatan, pertandingan dan sebagainya yang boleh di umumkan.”

PATROL DAN SUDUT PATROL

Sudut Patrol ialah tempat Patrol berkumpul dalam Latihan Patrol dan juga tempat Patrol meyimpan peralatannya. Kadang-kadang semasa berlatih, Pemimpin Pengakap akan meyuruh ahli-ahli balik ke sudut masing-masing. Waktu di sudut Patrol ahli-ahli Patrol akan belajar mengikat tali, menghantar isyarat, pertolongan cemas dan juga melepak dan berbual-bual.

Bagaimana pula rupa Sudut Patrol yang elok? Pasukan Kamu seharusnya ada bilik sendiri yang besar dan dalam bilik ini ada sekatan-sekatan untuk tiap-tiap Patrol. Sekatan inilah di namakan Sudut Patrol. Tiap-tiap Sudut Patrol hendaklah ada tanda Patrol seperti contoh yang di perbuat daripada kayu atau pun gambar atau lukisan. Tanda Patrol ini hendaklah di letakkan pada sautu tempat yang jelas dan boleh menjadi perangsang kepada Patrol. Di Sudut ini juga, kamu hendaklah adakan rajah menunjukan kemajuan Patrol kamu supal kamu ituya dapat tahu perkembangan Patrol kamu. Kamu juga boleh adakan rekod yang menunjukkan sejarah Patrol kamu. Dalam buku sejarah itu masukan berita Pengakap-Pengakap tua Patrol itu yang pernah menjadi Pengakap Remaja atau kelana atau sudah berkhidmat dalam Angkatan Tentera.

Kamu juga memerlukan sebuah papan kenyataan tempat kamu lekatkan notis-notis dan juga berita-berita Pengakap. Kamu juga boleh hiaskan dengan kotak pertolongan cemas, alatan mainan dan lain-lain keperluan. Kamu boleh kepongkan Sudut kamu dengan langsir.

PATROL SEMASA LATIHAN TROOP

Semasa istiadat seseorang Ketua Patrol itu dilantik dan menerima bendera Patrol dan lencana Ketua Patrol, dia akan berjanji seperti berikut:

“Saya berjanji akan mementingkan Patrol saya daripada diri saya dan akan mengutamakan Troop saya daripada Patrol saya.”

Janji ini ringkas bunyinya tetapi adalah menuju kepada yang betul dan berfaedah. Kamu mesti mengikut janji janji ini samaada kamu membuatnya atau tidak. Terdapat Ketua-Ketua Patrol membuat kedudukannya semata-mata untuk mendapat nama sahaja. Jika ini yang di laku kan maka dia bukanlah seorang Ketua Patrol yang sebenarnya. Mereka yang sebegini tidak sedar bahawa kewajipan utama seorang Ketua Patrol adalah menunjukkan teladan untuk di ikut oleh ahli-ahli di bawahnya dan dengan masa yang sama memimpin mereka kejalan yang betul. Sebelum seseorang itu memegang jawatan sebagai Ketua Patrol, dia hendaklah mempunyai akal dan sikap yang sempurna. Jika tidak dia tidak akan tahu membezakan yang mana diri sendiri, yang mana Patrol dan yang mana Troop.

Kamu mesti menjaga kedudukan kamu sebagai Ketua Patrol. Jangan cuba melanggar tradisi Troop kamu. Kamu mesti tahu akan sejarah dan tradisi Troop kamu. Jika kamu baca tulisan saya ini akan faham maksud saya kenapa tradisi dan sejarah Troop dan patrol mesti di kekalkan. Corak lama dan adat ini adalah satu perkara yang menarik. Ianya adalah satu tempat kamu membuat rujukan.

Oleh yang demikian sebagai Ketua Patrol kamu mesti memelihara corak-corak lama Troop kamu dan memelihara kehormatannya juga. Ini bermakna kamu mesti melatih dan mengerakkan ahli-ahli supaya berkerja kuat untuk menentukan darjah dan taraf Troop kamu sentiasa berada yang tertinggi. Tetapi jika Troop kamu sudah baik dalam sesuatu perkara, jangan pula kamu ternanti-nanti untuk menambah corak yang baru kepada Troop kamu.

Kamu mesti memandang agar Patrol kamu sebagai satu bahagian yang penting dalan Latihan Troop dan Pemimpin Pengakap kamu pula patut memandang bahawa Latihan Troop itu sebgai satu kumpulan diantara beberapa Patrol yang bersendirian. Oleh kerana itu, apabila hendak membuat sesuatu rancangan, pastikan bahawa setiap Patrol itu tidak berbelah bagi. Dari Latihan Troop, kita boleh lihat samaada sesuatu Patrol itu boleh berkerja sama dalam kumpulan atau jenis yang suka bercerai-berai. Saya akan menceritakan tentang setia kawan Patrol dalam Troop ini didalam penulisan saying yang lain.

KESIMPULAN MENGENAI SISTEM BERPATROL

Adalah mustahak bagi Pemimpin Pengakap kamu megetahui faedah luar biasa yang boleh diperolihi daripada Sistem Berpatrol. Ini lah jaminan yang baik sekali untuk kekuatan dan kejayaan yang tetap bagi Troop itu. Ia meringankan beban Pemimpin Pengakap kamu.

Tetapi yang pertama dan paling mustahak sekali adalah: Patrol itu ialah sekolah tempat melatih perangai seseorang. Ketua Patrol akan memberi latihan tentang tanggongjawab dan sifat-sifat kepimpinan. Setiap ahli Pengakap akan berusaha menghilangkan perangai mementingkan diri sendiri dari menolong orang lain. Mereka harus di ajar cara-cara mengawal diri sendiri dan berkerjasama berkawan-kawan dalam satu kumpulan.

Untuk mendapatkan hasil yang baik dari Sistem ini, setia ketua Patrol mesti bertanggongjawab dan bebas. Inilah cara membina perangai yang baik. Kemajuan yang baik akan dapat di lihat didalam Troop di mana kuasa dan tanggongjawab diserahkan sebenar-benarnya kepada Ketua Patrol. Ini lah rahsia kejayaan dalam Latihan Pengakap.

No comments:

Post a Comment