Sunday 11 December 2016

AKTA PERSEKUTUAN PENGAKAP-PENGAKAP MALAYSIA 1974


UNDANG-UNDANG MALAYSIA 
CETAKAN SEMULA 
Akta 143 

AKTA PERSEKUTUAN PENGAKAP-PENGAKAP MALAYSIA 1974 

Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006

 DITERBITKAN OLEH 
PESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA 
DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968 
SECARA USAHA SAMA DENGAN 
PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BHD 
2006

Akta 143 

AKTA PERSEKUTUAN PENGAKAP-PENGAKAP MALAYSIA 1974

Suatu Akta bagi menukar nama Persekutuan Budak-Budak Pengakap Malaysia, memperuntukkan penalti bagi mana-mana kesalahan yang diperuntukkan dalamnya dan mengadakan peruntukan bagi perkara yang berkenaan dengannya. [23 Ogos 1974]

 MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut: 

Tajuk ringkas 1. 

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Persekutuan Pengakap Pengakap Malaysia 1974.

Penukaran nama Persekutuan

 2. (1) Persekutuan Budak-Budak Pengakap Malaysia yang diperbadankan di bawah subseksyen 3(1) Akta Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia (Perbadanan) 1968 [Akta 409] (kemudian daripada ini disebut “Persekutuan itu”) hendaklah selepas permulaan kuat kuasa Akta ini dikenali sebagai Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia dan semua sebutan dalam Akta itu dan dalam mana-mana undang-undang bertulis lain mengenai Persekutuan itu hendaklah ditafsirkan sewajarnya. (2) Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh menyentuh kesahan atau kuat kuasa apa-apa tindakan, prosiding, pindah hak, pindah hakmilik, surat ikatan, urusan atau apa-apa jenis perbuatan bona fide yang telah diambil, dibuat atau dilakukan sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini oleh atau terhadap atau atas nama atau bagi pihak Persekutuan Budak-Budak Pengakap Malaysia.

Seksyen baru 13A 

3. Akta Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia (Perbadanan) 1968 dengan ini dipinda dengan memasukkan selepas sahaja seksyen 13 suatu seksyen 13A yang baru seperti yang berikut: 

“Penalti 13A.

Seseorang yang melanggar mana-mana peruntukan Akta ini boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak melebihi lima ratus ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu bulan.”.

No comments:

Post a Comment