UNDANG-UNDANG
MALAYSIA
CETAKAN SEMULA
Akta 143
AKTA PERSEKUTUAN
PENGAKAP-PENGAKAP
MALAYSIA 1974
Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006
DITERBITKAN OLEH
PESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA
DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968
SECARA USAHA SAMA DENGAN
PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BHD
2006
Akta 143
AKTA PERSEKUTUAN PENGAKAP-PENGAKAP
MALAYSIA 1974
Suatu Akta bagi menukar nama Persekutuan Budak-Budak Pengakap
Malaysia, memperuntukkan penalti bagi mana-mana kesalahan yang
diperuntukkan dalamnya dan mengadakan peruntukan bagi perkara
yang berkenaan dengannya.
[23 Ogos 1974]
MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan
persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang
dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut:
Tajuk ringkas
1.
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Persekutuan Pengakap Pengakap
Malaysia 1974.
Penukaran nama Persekutuan
2. (1) Persekutuan Budak-Budak Pengakap Malaysia yang
diperbadankan di bawah subseksyen 3(1) Akta Persekutuan
Pengakap-Pengakap Malaysia (Perbadanan) 1968 [Akta 409]
(kemudian daripada ini disebut “Persekutuan itu”) hendaklah selepas
permulaan kuat kuasa Akta ini dikenali sebagai Persekutuan
Pengakap-Pengakap Malaysia dan semua sebutan dalam Akta itu
dan dalam mana-mana undang-undang bertulis lain mengenai
Persekutuan itu hendaklah ditafsirkan sewajarnya.
(2) Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh menyentuh kesahan
atau kuat kuasa apa-apa tindakan, prosiding, pindah hak, pindah
hakmilik, surat ikatan, urusan atau apa-apa jenis perbuatan bona
fide yang telah diambil, dibuat atau dilakukan sebelum permulaan
kuat kuasa Akta ini oleh atau terhadap atau atas nama atau bagi
pihak Persekutuan Budak-Budak Pengakap Malaysia.
Seksyen baru 13A
3. Akta Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia (Perbadanan)
1968 dengan ini dipinda dengan memasukkan selepas sahaja seksyen
13 suatu seksyen 13A yang baru seperti yang berikut:
“Penalti
13A.
Seseorang yang melanggar mana-mana peruntukan Akta
ini boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak
melebihi lima ratus ringgit atau penjara selama tempoh
tidak melebihi satu bulan.”.
No comments:
Post a Comment